Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

BLOG PANITIA PI

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DEFINISI

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah.

2. Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat GPI untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.

3. Menggembleng tenaga GPI dalam melaksanakan aktiviti panitia.

4. Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

5. Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Pendidikan Islam di sekolah.

6. Menjadi penggerak kepada program dakwah dan bi'ah Islamiah di sekolah

ISU YANG PERLU DIFAHAMI

  1. Pemahaman tentang struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia P.Islam
  2. Pemahaman dan kemahiran tentang pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam
  3. Kerjasama sesama guru-guru Pendidikan Islam dan pihak lain yang berkaitan
  4. Fungsi Mesyuarat dan Perjumpaan Panitia Pendidikan Islam
  5. Pendokumentasian data / maklumat Pendidikan Islam / sistem fail

SENARAI TUGAS

Ketua Panitia

  1. Bertanggungjawab ke atas perancangan, perjalanan dan kemajuan P.Islam.
  2. Memastikan semua guru Pendidikan Islam menggunakan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam yang kemas kini.
  3. Mengadakan dan menyimpan fail-fail Pendidikan Islam.
  4. Memastikan semua guru Pendidikan Islam membina soalan-soalan peperiksaan dalaman mengikut format yang ditentukan.
  5. Memastikan semua GPI menyediakan rancangan tahunan dan harian.
  6. Mempengerusikan Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
  7. Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Setiausaha

  1. Menyediakan surat-surat Pekeliling / Mesyuarat Panitia PI
  2. Menyediakan agenda untuk semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
  3. Mencatat minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
  4. Membentang minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
  5. Menguruskan semua surat keluar masuk Panitia Pendidikan Islam.
  6. Menyediakan laporan bagi setiap kali program Panitia Pendidikan Islam.
  7. Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa


Photobucket
PROGRAM-PROGRAM TAZKIYATUN NAFS
PERINGKAT SEKOLAH
wmode="transparent" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" width="540" height="380">
TAZKIYATUN NAFS TINGKATAN 5 2012
Tarikh : 21 & 22 April 2012
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Dewan Abdullah Hj Ahmad Badawi HSBM / Aspura / Aspuri
Photobucket
wmode="transparent" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" width="568" height="390">
TAZKIYATUN NAFS TINGKATAN PRA-U ATAS
Tarikh : 7 & 8 April 2012
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Dewan Abdullah Hj.Ahmad Badawi HSBM / Aspura / Aspuri
Photobucket
wmode="transparent" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" width="568" height="376">
TAZKIYATUN NAFS TINGKATAN 3 2012
Tarikh : 31 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 7.30am-6.00pm
Tempat : Dewan Abdullah Hj.Ahmad Badawi HSBM
Photobucket
wmode="transparent" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" width="500" height="360">
TAZKIYATUN NAFS TINGKATAN 1 2012
Tarikh : 18 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 7.30am - 6.00pm
Tempat : Dewan Abdullah Hj.Badawi HSBM
Photobucket
SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2012
Photobucket
SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH (SESI PETANG) AKAN DIADAKAN PADA;
TARIKH : 17 FEBRUARI 2012
HARI : JUMAAT
MASA : 3.00 - 6.00PM
TEMPAT : DEWAN ABDULLAH BADAWI HSBM
PENCERAMAH : TN.HJ.MOIN BIN HASIM
(PENYELIA KANAN UNIT PENGURUSAN DAKWAH & SYIAR ISLAM) JPN PULAU PINANG
Photobucket
KURSUS NAQIB & NAQIBAH HSBM 2012
Diadakan pada 3 Februari 2012 (Jumaat) selama 3 jam...Pendedahan awal pengendalian usrah pelajar kepada semua naqib/naqibah untuk melicinkan perjalanan usrah pelajar yang akan bermula pada minggu kedua bulan februari 2012...Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah dilantik. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat...Anjuran Panitia Pendidikan Islam & Badan Kebajikan Islam HSBM.
Photobucket
PEMBINAAN SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI P.P 2010 & 2011
Kumpulan GPI yang sanggup memerah otak selama beberapa hari untuk menyempurnakan tugasan dalam pembinaan soalan percubaan SPM negeri Pulau Pinang Kertas 2...
Tahun 2011, memulakan semula aktiviti tahunan membina soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM Peringkat Negeri Pulau Pinang...Kumpulan Kertas 1 dan 2
Photobucket
MAJLIS PERPISAHAN UST NORBEE ...
Hari terakhir Ustazah Nor Bee di HSBM, saat yang sangat menyedihkan. Terasa kehilangan seorang yang sangat dedikasi dengan setiap usaha yang dilakukannya. Ustazah yang berinovasi tinggi...Syabas Kak Nor Bee!...Mulakan tugasmu yang baru di sekolah yang amat memerlukan sumbang baktimu...Teruskan Jihad Fi Sabilillah...Kami akan meneruskan usaha murnimu yang ditinggalkan untuk kami di sini...Bersama kita martabatkan Pendidikan Islam...!
Photobucket
MANTAN PERDANA MENTERI DI HSBM
Lawatan tidak rasmi Pak Lah ke Bilik Pendidikan Islam pada 15 Januari 2011 pukul 1.00pm...
Photobucket
Bergambar kenangan bersama Pak Lah dan isteri dalam Jamuan Makan Malam Alumni HSBM...
Photobucket
Barisan AJK Alumni HSBM pada Malam Makan Malam Alumni pada 15 Januari 2011
Photobucket
MAJLIS BACAAN YASIN PMR, SPM & STPM 2011
Majlis diadakan pada 1 Okt 2011 (Sabtu) di Masjid Bandar Baru Perda. Anjuran bersama BKI & PIBG HSBM
Photobucket
GERAI HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM 2011
Gerai Terbaik Hari Kokurikulum 2011 (Akademi Quran, Pers.Islam, Kelab Nasyid & Kelab Petanque
Photobucket
SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2011
Majlis sambutan Maulidul Rasul dilaksanakan di sesi petang...
Photobucket
LDP 2- PEMBENTANGAN PROGRAM "KUMANDANG"
Program "KUMANDANG" merupakan satu teknik mengajar yang menggunakan pelbagai kaedah yang dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam P&P...Program ini dibentangkan oleh GC Pendidikan Islam Ustazah Nor Bee bt Aziz dengan dibantu oleh Ustazah Nor Azah (GCPI)...
Photobucket
KURSUS NAQIB & NAQIBAH 2011
Diadakan pada 28hb Jan 2011 khusus untuk melatih para naqib dan naqibah usrah pelajar akan dapat memimpin kumpulan usrah mereka dengan berkesan...
Photobucket
PROGRAM TAZKIRAH & BACAAN YASIN ...
Program ini dijalankan pada setiap bulan untuk tingkatan 3, 4, 5 dan 6, mengikut tarikh yang telah dirancang...