PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DEFINISI
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.
OBJEKTIF
1.     Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah.
2.     Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat GPI untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
3.     Menggembleng tenaga GPI dalam melaksanakan aktiviti panitia.
4.     Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
5.     Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Pendidikan Islam di sekolah.
6.     Menjadi penggerak kepada program dakwah dan bi'ah Islamiah di sekolah
ISU YANG PERLU DIFAHAMI
- Pemahaman      tentang struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia P.Islam
 - Pemahaman      dan kemahiran tentang pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam
 - Kerjasama      sesama guru-guru Pendidikan Islam dan pihak lain yang berkaitan
 - Fungsi      Mesyuarat dan Perjumpaan Panitia Pendidikan Islam
 - Pendokumentasian      data / maklumat Pendidikan Islam / sistem fail
 
SENARAI TUGAS
Ketua Panitia
- Bertanggungjawab      ke atas perancangan, perjalanan dan kemajuan P.Islam.
 - Memastikan      semua guru Pendidikan Islam menggunakan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam      yang kemas kini.
 - Mengadakan      dan menyimpan fail-fail Pendidikan Islam.
 - Memastikan      semua guru Pendidikan Islam membina soalan-soalan peperiksaan dalaman      mengikut format yang ditentukan.
 - Memastikan      semua GPI menyediakan rancangan tahunan dan harian.
 - Mempengerusikan      Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
 - Menjalankan      arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
 
Setiausaha
- Menyediakan      surat-surat Pekeliling / Mesyuarat Panitia PI
 - Menyediakan      agenda untuk semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
 - Mencatat      minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
 - Membentang      minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
 - Menguruskan      semua surat keluar masuk Panitia Pendidikan Islam.
 - Menyediakan      laporan bagi setiap kali program Panitia Pendidikan Islam.
 - Menjalankan      arahan yang diberikan dari semasa ke semasa
 
















